SEKAPUR SIRIH
Utama

KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PUTRAJAYA

Assalamu’alaikum wbt

Merafak syukur pada Allah Taala di atas limpah kurnia Iman dan Islam. Selawat dan salam kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Kelangsungan pendidikan adalah antara medan utama Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam melahirkan ummah yang bertaqwa kepada Allah. Oleh demikian, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk merealisasikan cita-cita tersebut. Ini membuktikan perjuangan PAS adalah menyeluruh dan meliputi semua aspek kehidupan seorang muslim.

Perkembangan PASTI adalah bermula sejak awal tahun 1970-an, kemudian mula diusulkan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia pada tahun 1987. Akhirnya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia telah meluluskan PASTI sebagai salah satu sayap pemuda pada tahun 1988.

Setelah 35 tahun bertapak di bumi Malaysia ini, kelestarian PASTI ini lebih terserlah dengan permintaan yang tinggi dari seluruh negara. Bahkan menjadi titik sejarah yang besar bagi PASTI ialah dengan tertubuhnya cawagan yang pertama di Putrajaya yang merupakan bandar utama pentadbiran negara pada tahun 2012.

Semenjak dari itu, PASTI kawasan Putrajaya telah berjaya menubuhkan 8 buah PASTI sehingga tahun 2023. Ini merupakan satu sejarah yang gemilang untuk PASTI Malaysia amnnya dan PASTI Putrajaya khasnya.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Putrajaya amat berbangga dengan penubuhan PASTI ini. Ia membuktikan bahawa ia semakin mendapat dalam kalangan warga penduduk Putrajaya.

Akhir kata, semoga penubuhan PASTI di kawasan Putrajaya ini akan dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan dapat menyumbang kepada pembentukan individu yang berakhlak mulia dan bertaqwa kepada Allah.

Pejabat PASTI Kawasan Putrajaya

C-16A, Bazaar@8, Jalan Seluang P8/7,

Presint 8, 62250 Putrajaya

Email Kami

official.pastiputrajaya@gmail.com

No Tel. Pejabat