SEKAPUR SIRIH
Utama

PENGARAH PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, kepada-Nya sahaja yang layak mendapat pujian, syabas dan tahniah diucapkan kepada warga PASTI Kawasan Putrajaya kerana mengambil inisiatif untuk melancarkan laman web sendiri. Seiring dengan perkembangan teknologi, kewujudan kemudahan secara atas talian amat diperlukan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisen dan efektif.

Selaku Pengarah PASTI Wilayah Persekutuan, saya menyambut baik usaha yang telah dilaksanakan oleh PASTI Kawasan Putrajaya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan mewujudkan laman web ini. Peningkatan bilangan pelajar PASTI di Putrajaya khususnya dan Wilayah Persekutuan saban tahun telah membuatkan penggunaan teknologi secara atas talian amat diperlukan dalam urusan yang berkaitan dengan pendaftaran serta penyimpanan rekod maklumat pelajar. Perkara ini bukan sahaja dapat memudahkan proses kerja malah dapat mengoptimumkan penggunaan masa dalam setiap tugasan yang dilakukan.

Semoga usaha ini dapat membantu warga PASTI Kawasan Putrajaya mengorak langkah bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar, ibubapa serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung seterusnya dapat memartabatkan institusi pendidikan Islam di bumi Malaysia ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat PASTI Kawasan Putrajaya

C-16A, Bazaar@8, Jalan Seluang P8/7,

Presint 8, 62250 Putrajaya

Email Kami

official.pastiputrajaya@gmail.com

No Tel. Pejabat