SEKAPUR SIRIH
Utama

PENGERUSI PASTI KAWASAN PUTRAJAYA

Bismillahirrahmanirrahim (kalau boleh dijawikan atau tulisan arab)

Alhamdulillah, PASTI telah 11 tahun berada di dalam perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di kawasan Putrajaya. Di dalam tempoh ini PASTI Putrajaya telah melalui pelbagai peringkat pembangunan, pencapaian prestasi dan perluasan rangkaian termasuklah hubungan langsung dengan organisasi dalaman mahu pun luaran.

Memahami kehendak revolusi industri 4.0 yang menekankan aspek praktikal secara digital, PASTI Putrajaya mula memikirkan solusi penambaikan urusan pengurusan dan pentadbiran bagi memudahkan perkara-perkara teknikal dilaksanakan. Hasil daripada permintaan ibu bapa yang sangat menggalakkan di Putrajaya ini, PASTI Putrajaya perlu memastikan setiap tawaran perkhidmatan disampaikan secara efektif kepada masyarakat. Maka, PASTI Putrajaya menyediakan beberapa platform pendigitalan seiring kehendak teknologi masa kini, atau sekurang-kurangnya meminimumkan proses kerja yang bersifat terlalu manual.

Laman rasmi sesuatu organisasi pada asasnya adalah bertujuan untuk memberi impak peningkatan imej dan nilai pasaran. Namun begitu, sebagai sebuah entiti yang tidak berteraskan keuntungan semata-mata, PASTI Putrajaya membina laman web ini, tidak lain adalah bagi tujuan untuk memudahcara capaian dan urusan di antara pihak pengurusan dengan masyarakat serta ibu bapa. Prapendaftaran bagi tahun 2021 juga mula diperkenalkan melalui aplikasi khusus bagi menjamin kesahihan dan keselamatan data serta rekod-rekod yang lebih spesifik ketika berurusan dengan PASTI Putrajaya.

Saya berharap agar inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh PASTI Putrajaya ini dapat memberikan kebaikan untuk semua pihak. PASTI Putrajaya akan terus berusaha untuk memastikan perkhidmatan terbaik dan terus mengekal serta meningkatkan pencapaian di masa akan datang. InsyaAllah

MEMBINA GENERASI RABBANI

Pejabat PASTI Kawasan Putrajaya

C-16A, Bazaar@8, Jalan Seluang P8/7,

Presint 8, 62250 Putrajaya

Email Kami

official.pastiputrajaya@gmail.com

No Tel. Pejabat